helooo kopi atau miloo?? hihi. xbaik2.. assalamualaikum semua.. moga sentiasa diberkati ALLAH.. :)
ada ilmu yg xbanyak yg saya nak kongsikan.. walaupom xde follower byk pom.. sob sobss.. ;(..
hihi.. hope enjOy ye.. ^__^
Ustaz Azhar Idrus: Panduan Suami Baik
* Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa
berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami
terlupa.
* Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa
isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan
Tuhan adalah yang terbaik.
* Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda
membentuk sifat positif dan istimewa.
* Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan
oleh isteri anda.
* Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila
suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun.
Senyumlah apabila sampai ke rumah.
* Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap
hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit
yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari ?
* Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan
yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan
bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
* Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak
atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan
hubungan suami isteri.
* Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam
kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai
suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
* Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan
nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan
mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
* Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda
semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
* Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang
dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan
pasangan anda.
* Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan
bermesyuaratmenarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak
masalah.
* Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi,
sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan
penampilan diri sendiri. Mana adil ?
* Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara
hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang.
Elakkan cakap tak serupa bikin.
* Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga
dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja.
Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan
rumahtangga terancam.
* Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan
dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia
membentuk keluarga sejahtera
* Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan
keluarga juga patuh kepada Tuhan.
* Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai
suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada
orang lain. Ini wajib dihentikan.
* Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri.
Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan
keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?
* Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman,
sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka
apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
* Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak
kaki suami.Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga
bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
* Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang.
Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila
suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
* Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah
dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga
bagi mendapat hikmah.
* Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini
adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada
isterinya. Elakan kesilapan ini.
* Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila
berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri
untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal
dunia.
* Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah
mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta
berteraskan iman dan takwa.
* Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri
dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut
berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
* Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai
suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat
tambahan yang patut berikan kepada keluarga.
* Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang,
sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan
masalah.
* Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai
lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap
suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
* Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri
suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka, endah dan mudah menangis. Sifat
wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi
wanita.
* Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan
karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif
penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.
* Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan
takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf,
berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan
tindakan.
* Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan
usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli
keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?
* Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk
keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina
keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.
* Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang
mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik
diri dan keluarga.
* Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang
buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga
hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
* Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas
dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat.
Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.
* Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang
pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal
isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.
* Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini
termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum
disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.
* Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula
berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun
e-mel untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.
* Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan
hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui
mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.
* Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan
amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka.
Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.
* Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan
kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin.
Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.
* Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan,
pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik.
Kawal macho dengan saksama.
* Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami
marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini
mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.
* Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin
isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan
isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang
lintasan dalam hati.
* Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan
selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat,
minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.
* Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja,
rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin
di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan
isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.
* Urus stres dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas.
lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif,
bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan
maafkan semua orang.
 |
| hehhe.. sebagai contoh ye.. so sweet.. ^__^ |