Monday, 28 January 2013

pahit manis hidup aku.. :)

aku ada kawan... ramai.. tapi bukan semua jadi #bff aku.. ntah kenapa sejak dua menjak nie aku jadi semakin pendiam.. #rasanye la.. aku da xbanyak ckp da.. xmcm dulu.. ak rasa da ramai yg panai mempergunakan kebaikan aku.. #konon la.. hahahha.. tapi xpe la ujian ALLAH kan aku harus hadapi.. byk benda yg bg pengajaran utk aku setelah setahun setengah aku duk kat #ipgkkb nie..
lau korang nak tahu aku nie jenis #gelenya atau mengedik sikit.. sikit je okeh.. haha.. selalu je pikir nak khawin.. tpi jodoh xsampai2 agy.. helooooo jie jang awk tu baru #20 okeh!! mengade.. hihi..
aku kan curhkan segala cinta aku nie hanya utk #futurehubby je.. nak wat segalanya dgn dia.. nak sweet ngan dia je.. xnak la membazir beri kat org lain yg belum tentu jodoh kita kan.. hehe.. aku pom belajar drpd kesilapan.. :)
aznizan & #future hubby..
love u la.. :)

hidup aku.. :)

salam sayang utk blogku... ^__^

yea!! ari nie da start turun padang da.. hihi.. nak kurangkan lemak dalam badan nie..:(
da 2 hari ak n #rumet tercintan aku masak taw.. kiteorg xbeli kat kafe pOm.. ala pelan penjimatan di ipg katakan... #lol..
erm.. ari nie lam kelas oke je, tahap kemengntukan tu xbanyak sangat.. heee.. biasala kdg2 lec tgh ckp ak tgh berkhyal.. cam ne nie aznijan nak dapat #first klas nieyy?? hampeh kan..

ak da rasa ringan sikit beban di bahu nie.. alhamdulillah sgt222220000xx bapak tiri aku da jumpa jodoh di.. penantian dia selama 4 tahun kOt.. dia dapat pengganti arwah maa aku..  semogaa adik2 aku bahagia ngan umi baru dia.. sedih giler.. perasaaan aky hanya ALLAH je yg taw.. :(
setiap yg berlaku ada hikmahnya kan... ak tahu ALLAH xkan saja2 menguji hambaNYA..

insya ALLAH dgn izin ALLAH mereka2 semua nie akan bahagia.. :)
my lovely adik.. :)

suka suki.. :)

sesiapa yang teringin nak wat eskrem goreng nielah resepinye.. hihi,..
selamat mencuba.. :)

Saturday, 26 January 2013

fadhilat dan Khasiat Bismillah.. :)


ALLAH s.w.t begitu pemurah kepada hambaNYA.. wahai muslimat sekalian betapa ruginya kamu semua tidak mengikuti segala perintahNYA.. begitu manis disisi ALLAH.. :)


Junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:

Tiada seorang bambapun mengucapkan ‘BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM” kecuali Allah s.w.t. perintahkan para malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku induknya empat ratus (400) kebaikan.”
KHASIAT BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Basmallah sebuah kalimat yang tidak asing bagi seorang muslim. Basmallah diucapkan ketika akan memulai setiap perkara yang bermanfaat. Rasulullah bersabda, “Setiap perkara yang tidak dimulai dengan bismillah (dalam riwayat lain: dengan mengingat Allah), maka amalan tersebut terputus (kurang) keberkahan-Nya.”
Syekh Muhd.Abdul berkata didalam tafsirnya : “Al-Qur’an itu Imam dan ikutan kita,karena itu Al-Qur’an dimulai dengan kalimat ini,yaitu dengan Bismillah.Itu satu petunjuk bagi kita agar sekalian perbuatan kita dimulai dengan membaca Bismillah.”
Dzikir kalimat basmalah ini mengandung keutamaan, diantaranya sebagai berikut:
Dilindungi Allah dari gangguan Jin dan Setan
Dan sabda Rasulullah: “Penghalang antara mata jin dan aurat Bani Adam, apabila salah seorang dari mereka melepas pakaiannya, ialah dengan membaca Bismillah.”
“Apabila seorang masuk ke rumahnya dan mengingat Allah (berdzikir) ketika masuknya dan ketika makan, maka setan berkata: “Tidak ada tempat istirahat dan makan malam untuk kalian.” Dan apabila ia masuk dan tidak mengingat Allah ketika masuk, maka setan berkata: “Kalian telah mendapatkan tempat istirahat.” Dan apabila ia tidak mengingat Allah ketika makan, maka ia berkata:”Kalian mendapatkan tempat istirahat dan makan malam”
Dilindungi Allah dari gangguan orang yang bermaksud jahat
Ketika Khalid bin Walid tertimpa kebimbangan, mereka berkata kepadanya, “Berhati-hatilah dengan racun, jangan sampai orang asing memberikan minum padamu,” maka ia berkata, “berikanlah kepadaku,” dan ia pun mengambil dengan tangannya dan membaca: “Bismillah,” lalu ia meminumnya. Maka sedikitpun tidak memberikan bahaya kepadanya.
Hadist tersebut diatas memperjelas betapa pentingnya mengucapkan basmallah ketika akan memulai suatu pekerjaan sehari-hari yang bersifat positif. Selain khasiat diatas, Basmallah dapat memberikan berbagai manfaat lain bagi kita (keilmuan saya ambil dari berbagai kitab, dan saya sertakan juga sebagian pengamalan nyata setelah mengamalkannya)
Fadilatnya:
1. Di cintai oleh semua manusia
2. Dihormati serta di muliakan oleh semua mahluk
3. Menarik Rezeki baik Lahir maupun Ghaib
4. Penjagaan & Keselamatan
5. Dapat menundukkan semua golongan Jin
6. Tidak tergelincir ketika berjalan di atas Air
7. Menyembunyikan diri dari penglihatan orang ( Halimun )
8. Pelaris
9. Mengirimkan suara jarak jauh
10. Dapat menawarkan Racun
11. Kebal terhadap segala macam senjata tajam
12. Dapat mengubati penyakit lahir maupun Batin
13. Anti sihir, ilmu hitam, tenung dan sejenisnya
14. Dapat menawarkan Bisa binatang
15. Bantuan khusus dari Allah



PetUa form Ustaz Azhar idrUs.. :)


helooo kopi atau miloo?? hihi. xbaik2.. assalamualaikum semua.. moga sentiasa diberkati ALLAH.. :)
ada ilmu yg xbanyak yg saya nak kongsikan.. walaupom xde follower byk pom.. sob sobss.. ;(..
hihi.. hope enjOy ye.. ^__^


Ustaz Azhar Idrus: Panduan Suami Baik

* Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

* Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

* Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa.

* Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

* Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

* Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari ?

* Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

* Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

* Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

* Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

* Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

* Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

* Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuaratmenarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

* Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

* Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tak serupa bikin.

* Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumahtangga terancam.

* Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

* Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

* Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

* Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri.

Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

* Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

* Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

* Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

* Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

* Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

* Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

* Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

* Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

* Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

* Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

* Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

* Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka, endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

* Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

* Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

* Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

* Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

* Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

* Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

* Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

* Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

* Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

* Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

* Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

* Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

* Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

* Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

* Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

* Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

* Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

* Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

* Urus stres dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.







hehhe.. sebagai contoh ye.. so sweet.. ^__^

Monday, 21 January 2013

si kecik atau pendek.

hari tu ada mamat nie cakap kat aku macam nie........------------>>>
hihi.. wt gimik jew lebih nie....
pendek : kau cantik la sekarang??
aku : yeker?? maybe sebab aku selalu ambik wuduk. hahhaa
# semua itu poyo..
pendek : ku rasa cam nak ngorat kau je??
aku: yelah tu, tapi aku akan tolak je kau xnak pom..
( #gurau jak )
pendek: ala time la aku..
aku: xnak la.. aku tolok je ko nie.. nanti aku wat maye istikoroh.. 
hihi..


lepas tu aku chow jewla... wat cam biasa sebab dia mang suka kacau dan gaduh ngan aku... xpaham betol!! pedeh tol.. jadi da 2, 3, kali terserempak cam dia wat doonoo je.. ker marah kat aku nie,, tension jap aku.. aku xsuka lau kawan2 aku nie bermasam muka ngan aku.. jadi pendek hope u xmarah2 ye.. kita kan kawannn rappppaaaatt.. hihi.. sowie ye  pendek.. sayang ko.. haha.. over kan mcm aku da #bff ngan ye kan..


K.A.W.A.N.

“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti -Pakar Diari Hati-


hidup ini ada banyak dugaannya, kadang2  dalam persahabatan pun ada ujian.. SAHABAT!! nama yang cukup indah bagi seorang yang bergelar sahabat.. tapi senang ker nak jadi sahabat nie?? nak jaga hati dan perasaan dia?? nak jaga semuanya lah.. bagi pendapat saya sahabat adalah orang yang tidak berkira dengan kawannya dan akan menganggap kawanya seperti keluarganya.. kalau dan di anggap sebagai keluarga rasa hormat tu kena ada dan janganlah bersifat negatif terhadapnya... saya boleh digolongkan orang yang tidak bersosial sangat laa~~~ hihi.. kat rumah akak saya adalah sahabat saya.. saya jarang berjumpa dengan sahabat2 yang lain.. tak tahu la kenapa, mengapa, bagaimana,apa, siapa?? ==.
tapi dalam hidup ini kita perlu menyahut cabaran dan menerima semua orang sebagai sahabat kita.. sya suka berkawan dengan semua orang tidak mengira paras rupa... asalkan dia mempunyai hati yang baik dan comel.. hihi..